Thursday 23 July 2015

Hipster

Assalamualaikum

Uishh topic kita today engko

#Hipster gitu

Hipster ke???

Kenkadang tengok niqabis or muslimah yang hipster bergaya berfashion perghhhhh.. Mulut terdetik wow bestnya cam gituuu, lawooo colourful
 
If not Tudung, mesti blouse or skirt
 
MasyaAllah sangat lawa,

Tapi bila diri sendiri yang beli tudung colourful cam gitu --" pakai sekali simpan dah!!! Sebab rasa sangat2 huduh MasyaAllah

Haishh susah nak biasa kan benda yang tak biasa right?

Bila kenang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi dok terfikir juga gi mana nanti
Nak kena "biasa kan benda yang tak biasa" T^T
 
i was like mati la nakk

For me yang semua hitam not for sehari malah seminggu, sebulan, dan setahun
Haha confirm orang pandang no colour in life benar la budak ini

Yes yes
 
Mengaku memang satu almari titew hitam semua termasuk tudung, Kasut dan bag, kecuali ada satu bag pack biru dan bag baru warna cokolet
Hokey sayang yang same kolej with me or same class with tahu macam mana hakak ini dress up p kolej 
everydays hokey.

My cita-cita if oneday haku jadi HR
 
I wanna be HR yang first pakai semua hitam from jubah, tudung, purdah, kasut, bag and everything la tunggu je laaaaaa
Kalau jadi HR la tapi kot2 jadi suri rumahtangga dulu tak dapat la den nak kejar cecita tu --" Hape pun, kenkadang terhingin hati ini nak pakai macam kalian tapi masih tak sampai seru.
Erkk betul ke cam gitu --"
Peduli

Kadang aku berjalan sendiri
Dan berfikir tentang itu dan ini
Aku terus dan terus berfikir
Bukan niat mencari kebenaran
Bukan niat mencari kepastian
Cuma aku ingin mencari pengalaman
Kadang aku rasa sudah cukup
Tapi makin lama semakin banyak
Yang aku lihat
Yang aku rasa
Yang aku faham
Yang aku belajar
Dicerita kehidupan 
yang sudah tersusun indah
Terukir cantik
Disetiap sudut dan liku
Aku bersyukur apa yang ada
Aku bersyukur apa yang tinggal
Aku bersyukur kerna memahami
Disetiap isi yang di beri
Disetiap apa yang di titip
Disetiap apa yang di temukan.
Nur Amira farhana
23:7:15
10:14


Monday 20 July 2015

Dulu ada sekarang ia pergi



tapi hakikatnya
memang tak ada disini
mungkin sudah terbuai dek mimpi
aku mencari kau pergi
kau mencari aku menyepi
tunggu je lah nanti disaat sendiri
aku tak kan muncul lagi
jangan mencari jangan menangisi
aku tak mengharapkan apa2 lagi
cukup kau jaga diri
ada rezeki berjumpa lagi
di alam realiti ataupun
mimpi

-nur amira farhana-

si kandung





bukan mudah untuk difahami
bukan mudah untuk dimengerti
nak menjelaskan
hanya mampu dihati
bagi yang tak mengetahuinya
biar tersimpan rapat
bukan menyukai atau mencintai
tapi mengkagumi
disetiap erti dihargai
walau diri terasing sendiri
tapi dia tetap ke sisi
sebagi si kandung
yang tak siapa mengerti
akan diri yang merasai.

-nur amira farhana-

be yourself

assalammualaikum

be yourself? amboi macam lirik lagu jerr. hahah be yourself yes nice kan topic kita malam ini, actually bukan nak story sangat tentang be yourself ini just nak share tentang lirik be yourself

erkk #tetiba

ada lagu lirik be yourself? siapa retisnya? uishh jika hampa semua tau confirm hampa suka.

siapa tahu lagi kun anta? confirm engko orang tahu punya. retisnya humood alkhudher
yang penah menjadi fenomena mamat kun anta tu, last last dia dah ada wife ghupanya, sudah keciwa semua peminat-peminat finatik mamat kun anta ini ye. jom jom kita perhati lirik di bawa bebetul mana tahu certain engko orang ini tahu nyanyi tapi tak tahu lirik haishhh hampa ini la.

Lirik lagu kun anta dgn maksudnya. ☺

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka.

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?


honestly i love that lirik menusuk ke qalbu uolls.sesuai untuk topic kita yang HELO PENIRU haaaa siapa yang belum baca mai la singgah baca #mihmihmihmih

i really love it sebab it really related with our life. kan kan,
so uolls kena hayati this song and lirik baru feeling beb!!!

Tujuan ibadah

assalammualaikum 

alhamdulilah, alhamdulilah kesayangan semua pembaca-pembaca yang sudi singgah dan baca blog ini alhamdulilah today i want share tentang ilmu sedikit. alhamdulilah alhamdulilah ada juga peluang share, lama dah memendam rasa memendam hati nak share tentang tajuk ini, alhamdulilah dapat juga. mihmihmihmih. jom jom kesayangan,

mari baca dengan penuh sabar okey.

Dalam Islam, akhlak itu tujuan ibadah.

Jika ibadah itu umpama pokok, akhlak itu buahnya. Tanpa akhlak yang baik, ibadah yang dilaksanakan tidak mempunyai apa-apa nilai sepertimana menanam pokok yang tidak berbuah
Bukankah tujuan menanam pokok adalah untuk mendapatkan buahnya? Maka begitu juga ibadah, tujuannya adalah untuk melahirkan akhlak yang baik ..

Analisis contoh berikut:

~Solat
Solat yang khusyuk akan mencegah perbuatan fahsha’ dan mungkar.
..Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya solat akan mencegah daripada perbuatan fahsha’ dan mungkar.” [Surah al-Ankabut 29:45] 
..Kesan khusyuk dalam solat itu boleh dilihat kesannya di luar solat 


~Puasa
..Puasa akan rosak jika disertakan dengan perbuatan mengumpat dan bertengkar.
..Rasulullah mengingatkan, mafhumnya: "Jika kamu diajak bertengkar maka katalah aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Bukhari]


~Haji
..Ibadah haji akan tercemar jika dilakukan tanpa meninggalkan perbuatan mengata dan bertikan lidah.
..Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafath (mencarut), berbuat fasiq dan berbantah-bantah semasa mengerjakan haji.” [Surah al-Baqarah 2:197]


~Sedekah
..Sedekah akan terbatal pahalanya jika diiringi sikap mengungkit-ungkit dan menyakiti hati orang lain.
..Firman Allah yang bermaksud: “Jangan kamu rosakkan sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan menyakiti.” [Surah al-Baqarah 2:264]
Tegasnya, keakraban seseorang dengan Allah (takwa) akan memberi kesan baik (akhlak) kepada hubungannya sesama manusia 
Jika ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungannya dengan Allah itu – sama ada dia beribadah kerana berpura-pura, riyak, ujub, sum’ah atau sebagainya ⛔


Tanda Ibadah Tertolak 
Rasulullah S.A.W ditanya perihal seorang wanita abid (ahli ibadah) yang malamnya hidup dengan qiamullail & siangnya dihiasi pula dengan puasa sunat, tetapi lidahnya sering menyakiti hati jirannya .. 
Apa respons Baginda? Baginda mengiktiraf wanita itu ahli neraka. 
Dalam konteks yang lain pula, pernah diberitakan perihal orang lain yang ibadahnya “biasa-biasa” sahaja, namun dia diiktiraf ahli syurga ..


Kenapa demikian? ❓
Ini kerana dalam hatinya tidak ada sedikit pun perasaan hasad dengki ..
Inilah bezanya orang yang beribadah dengan mencapai tujuannya (akhlak) dengan orang yang tidak demikian.
Cuba kita renungkan antara ciri-ciri orang bertakwa sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran


Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit & bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit & orang-orang yang menahan amarahnya & memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka.” [Surah Ali ‘Imran 3: 133-135]

Bukankah ciri orang yang bertakwa itu kebanyakannya berkaitan dengan akhlak yang mulia?
Antaranya ialah bersifat pemurah, penyabar (menahan marah), pemaaf (memaafkan kesalahan orang lain) & bertaubat atas dosa-dosa. Justeru, tidak boleh dikatakan seseorang itu bertakwa sekiranya akhlaknya masih buruk.
Begitu juga tidak dikatakan seorang itu benar-benar beribadah sekiranya ibadahnya itu tidak menyebabkan dia berakhlak dengan manusia.
Patuh Syariatullah 


Bagaimana membentuk akhlak?
Umat Islam hendaklah mematuhi syariatullah hukum Islam yang lima.
Hukum Islam yang lima inilah yang ada dalam ibadah.
Ertinya, yang wajib & sunat hendaklah ditegakkan dalam semua aspek kehidupan. Manakala yang haram & makruh dihindarkan dalam hidup seharian. Yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan ibadah dengan menempuh syarat² ibadah

Jika pelaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama, yakni ikhlas kerana Allah & ittiba' (mengikut secara bersungguh-sungguh) sunnah Rasulullah S.A.W., inshaAllah, akhlak akan terbina 
Apabila Rukun Iman (soal keyakinan) mendasari pelaksanaan Rukun Islam (amalan lahiriah), pasti ehsan (amalan hati atau akhlak) akan terbina.


Tiga serangkai ini - iman, Islam & ehsan tidak dapat dipisahkan umpama benih, pokok & buah.
Ketiga-tiga elemen itulah yang merupakan teras & asas agama. Apabila dilaksanakan secara tertib & bersepadu, umat Islam akan memiliki high touch - rasa kemanusiaan yang tinggi hasil hubungan yang kuat dengan Allah ..
Apa-apa sahaja yang dibuatnya akan menawan hati
Belum pun mendengar cakap & bergaul dengannya, melihat wajahnya sahaja sudah cukup untuk menawan hati orang lain.


Indahnya Akhlak Rasulullah.
Bayangkan, bagaimana Abdullah bin Salam seorang sahabat Rasulullah berketurunan Yahudi, tertarik memeluk Islam hanya melihat bagaimana Rasulullah naik & turun dari untanya...
Bayangkan juga bagaimana sering kali orang asing yang bertemu dengan Rasulullah buat pertama kali akan berkata: "Aku tidak melihat sebarang tanda pendustaan pada wajahnya."
Dan bagaimana pula sahabat-sahabat Baginda sentiasa berkata: "Kami tidak melihat wajah Rasulullah melainkan Baginda sentiasa dalam keadaan tersenyum..."

Subhanallah!

Indahnya akhlak Rasulullah S.A.W
Dengan bersenjata high touch yang tinggi inilah, Baginda telah berjaya menyentuh hati manusia. Bahasa tubuh, ekspresi muka & tindak-tanduk itu terpancar daripada kualiti takwa
Alhasil, para sahabat bukan sahaja telah memberi sokongan, bahkan memberi seluruh harta & jiwa mereka kepada Baginda demi perjuangan yang dibawanya


Benar seperti yang dikatakan oleh cerdik pandai:
"In order deliver the message, be the message!"
"Untuk kita menyampaika  sesuatu mesej (seruan), jadilah mesej itu!"
Untuk memperjuangkan isi Al-Quran, amalkan isinya


Begitulah Rasulullah yang telah menjadi "Al-Quran hidup" untuk menghidupkan Al-Quran dalam jiwa & kehidupan manusia Justeru, jangan cepat menyalahkan orang lain sekiranya Islam masih ditolak oleh bukan Islam & orang Islam sendiri Kemungkinan besar kita masih gagal menawan hati manusia 



Bagaimana caranya untuk menawan hati manusia? ❓

Hati ditawan dengan akhlak yang mulia! 
Sebelum kita akhiri usrah kita malam ni, mari lah ketahui beberapa High Touch & High Tech Cendekiawan Islam 

 Al-Biruni

 Menguasai dua buah tamadun; Arab & Yunani
 Sains, perubatan, matematik & astronomi
..Rasa'il al Biruni

Fakhruddin al-Razi

 Menguasai ilmu tafsir
 Ahli falsafah
..Mafatih al Ghayb (Tafsir Al-Kabir).
..Sharih Al-Isharat
 

Al-Farabi 
 Selalu beruzlah & tidak memilih kekayaan & kemewahan dalam hidupnya
 Sains & falsafah Islam
..Al-Tawti'ah fi al-Mantiq

Ibn Khaldun
 Pernah berkhidmat sebagai duta raja
 Sosiologi & sejarah
..Muqaddimah Ibn Khaldun

Al-Battutah 
 Pernah dilantik menjadi kadi
 Pelayaran
..Rihlah Ibn Battutah

Al-Khawarizmi
 Sains & matematik berlandaskan tauhid, syariat & akhlak
 Matematik & astronomi
..Mafatih al-'Ulum

 Ibn Sina
 Menghafal al-Quran pada usia 10 tahun
 Sains, perubatan & falsafah
..Al-Qanun fi al-Tib









bangkit

andai sakit 
bangkit
andai terjatuh 
bangun
jangan tenggelam dek itu dan ini
lilahitaala Dia sentiasa disisi
tak pernah berganjak
jangan tersisih dek dunia
cari Dia cintai Dia
penguasai segala
kekuatan setiap masa

-nur amira farhana-