Sunday 6 December 2015

hijrah ke syurga @ hijrah lisan

assalammualaikum

alhamdulilah hari ini Allah memberi kelapangan untuk menulis lagi di sini dan di beri umur yang panjang untuk masih di sini.

tajuk kita pada hari ini macam nak judge ke kan? mesti ada yang kata biar je la orang atau individu itu nak hijrah ke syurga ke @ hijrah hanya sekadar lisan ke? 

urmmm, 

betul juga permikiran sebegitu. lain orang lain cara dia kan. tapi jika apa yang mereka buat itu salah? 

bagaimana? hanya diam dan memerhati, di akhirat nanti pasti berbalik. 

kerana?

kita tidak menegur sahabat kita, sedang kan kita melihatnya, dan lebih jelas kita sudah mengetahuinya. tapi tindakkan kita masa itu kita hanya "BIARKAN".

post kali ini bukan untuk mengajar atau mengata dan sebagainya. tapi mohon berfikir dan berfikir.

hijrah itu nampak mudah tapi sebenarnya tidak. kerana ganjarannya tidak ternilai (syurga).

kebanyakkan orang yang berhijrah terus berpurdah/berniqab dan sebagainya. 

bagus apa kalau berhijrah terus berpurdah atau berniqab?
salah ke?

:) tak salah sayang, cuma bila kau bawa imej berpurdah / berniqab please jaga, bertudung labuh juga tidak terkecuali ( terutamanya baru mula berhijrah )

ayat ini selalu insan-insan baru berhijrah ungkapkan "nak berhijrah memang payah", ramai yang tak suka"

really?

kadang bukan orang tak suka kita berhijrah, tapi cara kita menerima padangan dan cara kita berhijarah tu bagaimana?

penah melihat situasi

perempuan berniqab @ berpurdah pakai tudung pendek bidang 45, baju kurung fit body, handsock tak ada, alhamdulilah stoking ada.

macam mana orang lain tidak mengata, dan bersangka buruk tentang niqabis?

hakak oittt mungkin orang tu baru berhijrah, tak ada baju atau tudung, tapi niat dah ada jadi dia teruskan. 

mungkin, alhamdulilah tapi kalau jumpa orang yang sama setiap hari buat benda yang sama kau nak buat macam mana?

 tu satu hal. 

ada juga niqabis yang pakai tshirt betul-betul atas pinggang (tak labuh dan lepas punggung). 

dan yang paling best

berpurdah @ berniqab ( baru-baru hijrah) tapi ada boyfreng a.k.a tunang secara islam, "awak saya nak awak jadi isteri saya" dengan persetujuan mak ayah perempuan" yes!!!!!! engkorang da brtunang tapi perlu ke post gambar bersama? post sweet-sweet.
(ingat sayang-sayang apa pun status mu dengan boyfreng mahu pun gerfreng mereka still AJNABI)

dan satu lagi show off kejap pakai purdah kejap off purdah.

sayang.

hakak tak kisah dik, tak kisah pun macam mana kamu nak bawa imej itu sendiri tapi please kalau rasa nak hipster sangat, please check balik why kau nak berubah.


jangan sampai bergitu. dan jangan sampai orang lain menghina pakaian isteri-isteri nabi dan para sahabat. wallau'alam. 

hanya di sebabkan kalian macam tu. mohon hakak merayu pada kalian, biar kita berhijrah untuk ke syurga, bukan sekadar lisan semata.

dan yes! hijrah nie bukan untuk atau wajib sesorang tu pakai tudung bidang 60 atau burqa @ khimar @ 24h jubah but at least pakaian sopan dan longgar dan hendak lak sesuai dengan imej.

please give a good example untuk orang yang baru nak berhijrah. 

boleh di terima hijrah tanpa ilmu, masih boleh dan ada masa untuk cari ilmu inshaALLAH. tapi jangan kau rasa kau berhijrah kau dan cukup baik sehingga kau tak nak cari ilmu.


dalam hijrah bukan pakaian atau luaran yang penting yang penting niat kita. hati dan jiwa kita. tanya pada hati dan jiwa dalam hijrah kita mahu apa?

mohon bagi yang nak berubah/berhijrah/berniqab/berpurdah buat sebetulnya bukan sekadar lisan kosong.
bukan untuk kalian saja tapi untuk para niqabis yang tidak seperti kalian tapi turut merasa tempiasnya.