Penulis
Jari jemari seakan menari
Jari jemari seakan memahami
Apa yang bermain di kotak hati
Fikiran mengarah itu dan ini
Jari bergerak kesana kemari
Mengikut rentak di dalam hati
Gembira hati ia bergini
Sedih hati ia bergini
Jari terus menari seakan tidak mahu berhenti
Minda sentiasa mencari dan meluah ilham yang mari tak berhenti
Jari jemari masih menari
Berkongsi yang terbuku di kotak hati
Bukan sekadar rekaan hati
Tapi pengalaman diri.
No comments:
Post a Comment